Saturday, February 6, 2016

Surah 17 (11~20)

Bani Israil, dari ayat 11~20;


11. Dan manusia berdoa akan kejahatan seperti doa nya  akan kebaikan, kerana adalah  manusia itu terburu-buru.

12. Dan kami jadikan malam dan siang itu dua tanda, lalu kami hapuskan  tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang untuk kamu cari kurnia dari Tuhan kamu dan supaya  kamu tahu bilangan tahun dan perhitungan, dan tiap-tiap sesuatu kami telah terangkan dengan nyata.

13. Dan tiap-tiap manusia kami  akan gantungkan catitan amal-amal nya ditengkuknya, dan kami akan keluarkan baginya pada hari kiamat satu kitab yang akan ia bertemu dia dengan terbuka.

14.  “Bacalah kitab mu, cukup diri mu pada hari ini sebagai penghitungan atas mu”.

15. Barang siapa dapat petunjuk, maka sesungguhnya hanya ia dapat petunjuk untuk dirinya, dan barang siapa sesat, maka  sesungguhnya hanya ia  sesat bagi kecelakaan dirinya, kerana tidak boleh menanggung seorang penanggung akan tangungan orang lain, dan tidaklah kami akan mengazab hingga kami utus seorang Rasul.

16. Dan jikalau kami mahu binasakan satu negeri, kami suruh orang-orang nya yang mampu, tetapi mereka melewati batas padanya, lantaran itu, patut turun atas mereka azab, lalu kami hancurkan nya sehancur-hancurnya.

17. Dan beberapa banyak negeri yang telah kami binasakan sesudah Nuh, dan cukup Tuhan mu mengetahui dan melihat dosa-dosa hamba-hamba nya.

18. Barang siapa mahu lekas, kami akan lekaskan baginya pada nya apa yang kami mahukan bagi orang-orang yang kami kehendaki, kemudian  kami adakan baginya neraka yang ia akan masuk padanya dengan keadaan  tercela dan terusir.

19. Dan barang siapa mahukan akhirat dan ia berusaha baginya sungguh-sungguh, pada hal ia beriman, maka mereka itu adalah usaha nya diberi ganjaran.

20. Masing-masing kami tolong, mereka ini dan mereka itu, dari pemberian Tuhan mu,  kerana tidaklah ada pemberian Tuhan mu itu terhalang.




Following Twitter,
[] https://twitter.com/aprilknajid4/status/696181347165949954






.

Surah 17 (1~10)

Bani Israil, dari ayat 1~10;

1. Maha suci Allah yang telah jalankan hambanya pada satu malam dari Masjidil Haram  ke Masjid Al-Aksa yang kami berkati keliling nya, untuk kami perlihatkan kepada nya tanda-tanda kami  ! sesungguhnya ialah yang mendengar, yang melihat.

2. Dan kami beri kepada Musa, kitab itu, dan kami jadikan dia penunjuk bagi bani Israil sambil kami berkata; “janganlah kamu jadikan selain daripada ku sebagai penolong”.

3. “Hai anak cucu orang yang kami angkat bersama Nuh !” sesungguhnya ia, seorang hamba yang penerima kasih.

4. Dan kami putuskan bagi bani Isaril dalam kitab itu; “sesungguhnya kamu akan adakan kerosakan dibumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan sombong dengan kesombongan yang besar”.

5. Maka apabila  datang perjanjian yang pertama daripada dua itu, kami utus untuk menunjukkan kamu, hamba-hamba kami yang mempunyai kekuatan yang sangat, lalu mereka maharajalela dicelah negari-negeri dan adalah itu perjanjian yang telah dilakukan.

6. Kemudian kami kembali kepada kamu kekuasaan atas mereka, dan kami beri kepada kamu harta-harta dan anak-anak, dan kami jadikan kamu lebih banyak bilangan.

7. Jika kamu berbuat kebaikan bererti kamu berbuat kebaikan bagi diri-diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, adalah itu bagi kecelakaan diri-diri kamu, Maka apabila datang perjanjian yang akhir, kami utus mereka supaya mereka membusuk kan muka-muka kamu, dan supaya mereka masuk ke dalam masjid itu, sebagaimana mereka telah masuk kedalam nya pada pertama kali, dan supaya mereka binasakan kamu selagi mereka berkuasa.

8. Mudah-mudahan Allah kamu mengasihani kamu, dan jika kamu kembali, kami akan kembali menyeksa, dan kami jadikan jahanam itu bagi orang-orang kafir sebagai kurungan.

9. Sesungguhnya Quran ini memimpin kepada jalan yang lebih lurus, dan mengkhabarkan kepada mukmin yang beramal soleh, bahawa bagi mereka ada ganjaran yang besar.

10. Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada  akhirat, kami sediakan bagi mereka azab yang pedih.

.

following twitter,
[] https://twitter.com/aprilknajid4/status/696144166141562880







.